Apabila dapat berkumpul beramai-ramai dari pelbagai usia dan gender. Pasti akan menimbulkan suatu keriuhan dan lawak jenaka yang membuatkan kita ketawa selebar-lebarnya. Sudah tentu, segala masalah yang ada dalam fikiran kita akan hilang dengan segera. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi tunjuk ajar, mencurahkan ilmu dan sebagainya. Tahukah anda, saya amat menyangi seni ini! Setiap malam hari selasa dan rabu pasti kami akan berkumpul dan saling meriuhkan gegaran tapak gelanggang. Dengan beramai-ramai beserta berbeza tali pinggang, saling memulakan seni yang sebati dengan kepahlawanan Melayu. Dari situ, saya dapat lihat. Seni dalam permainan gelanggang ini mempunyai makna yang tersendiri dan nama unik sehingga sukar untuk diingati. Apabila langkah itu dibilang hingga menjangkau angka 17 sambil bermain dengan seninya. Suatu permainan dan susunan seni untuk tampak menarik. Dan hanya orang yang tahu 'seni' itu sahaja dapat mengetahui makna yang di atur. 'Tokoh' itu bijak berseni, seninya dilihat dari lirikan mata pada tangan yang menyimpuh memusing bak mendulang berserta kaki yang sentiasa memasang kekuda. Apabila gerak tubuh mula bergerak dari angka 1 sehingga 17, seni itu kelihatan dengan suatu tafsiran permainan rahsia. Setiap bunga yang dilakukan oleh 'tokoh', ramai yang terpegun terutamanya mereka yang lalu lalang. Wah! Gembira besar dan berbunga hati 'tokoh' apabila dipandang orang. Tetapi 'tokoh' itu memerlukan lagi ilmu tentang seni ini bagi membela diri. Kekuda itu penting untuk 'tokoh' dalam gerakan sedia untuk menghadapi pihak musuh yang entah bila hendak diserang. Kekuda itu juga diperlukan bagi memperlihatkan struktur 'tokoh' yang kukuh berdiri sendiri dengan stamina yang teguh. 'Tokoh' itu dalam usaha memperlihatkan seninya.....
Wednesday, 5 December 2012
Cantingan seni...

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wan
ReplyDeletetahniah.
saya kesan sdr mempunyai gaya menulis yang bagus. baiki dengan menjadi lebih teliti dalam diksi dan susunan kata.
tambah lagi entri!
Terima kasih Dr.Mawar.
DeleteMaaf kerana saya sepatutnya menghantar e-mail kepada Dr terlebih dahulu. Terima kasih juga kerana memberi sokongan kepada saya.
Insyaallah, saya tambahkan lagi entri!
wan, tahniah.. sudah ada blog juga.
ReplyDeletesudi-sudilah berkunjung ke blog era ya..
http://eratulnissa.blogspot.com/
Terima Kasih Era kerana melihat blog Wan. Tahniah juga buat Era yang mempunyai blog tersangat comel! Heeehe...
ReplyDelete