Monday, 3 December 2012

Seni itu indah...

Alhamdullilah...akhirnya, sebuah blog yang kini terbina adalah hak milik saya buat pertama kalinya. Ucapan jutaan terima kasih buat yang tersayang, Muhd Alif Awan. Sepupu yang banyak membantu saya dalam menunjuk ajar dalam menggunakan teknologi yang kian kemuncak pada masa kini. Sesungguhnya, saya masih lemah dalam mengenal dunia berteknologi. Satu senyuman yang terukir di bibir saya saat selepas selesainya blog ini dihasilkan. 'Tokoh' yang kian berceramuk di dalam fikiran saya, semakin ingin saya lakarkan pada mata pena dan sentuhan hujung jari. Sekarang, lakaran pada mata pena itu telah berlanjutan pada sentuhan hujung jari yang anda saksikan. Puasnya rasa apabila perasaan berkongsi tentang 'tokoh' dengan sahabat sekelas dapat dinikmati dengan kurniaan mata dan fikiran yang dikurniakan oleh Maha Pencipta. Cerpen eksperimental ini sangat menarik saya dalam berfikir luas ke dalam laungan dunia idea penulisan. Tema yang diberi sangat ringkas, namun mempunyai seribu pengertian untuk dicari. 'Tokoh' cerpen saya? Sesudahnya, saya merasakan 'tokoh' saya adalah berseni. Seni itu indah, tidak mampu digambarkan dengan kata-kata mahupun penglihatan. Tetapi, seni itu dapat diluahkan dengan kehalusan lakaran pada satu paparan putih yang bersih. Dari penglihatan ke fikiran, fikiran ke hati lalu tangan mengerakkan sehalus berus coklat dalam melakar warna-warni kehidupan. Itu dinamakan seni itu indah...

2 comments:

  1. SALAM. wahhh.. wan sudah ada blog sendiri.. comel sangat. ringkas tapi cantik.sering-seringkan diri untuk ke blog ecah jugak..~kita kan kawan~..hahhaaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Siti Noor Aisah...
      Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat blog Wan. Ayuh! Kita meneroka 'tokoh' dalam blog saudari Aisah.

      Delete