Tuesday, 4 December 2012

Kelinking kecil

Semasa menunggu seseorang yang menjadi  'pelengkap hidup' saya yang tampan berkemeja hitam ungu.  Saya singgah ke sebuah gerai untuk membeli sedikit bekalan makanan dan senaskah akhbar kegemaran 'hero' saya. Asyik membelek tajuk-tajuk akhbar, saya terlihat kelinking kecil yang berbiji-biji warna coklat pudar. Ya, Allah! Sudah lama saya mencari kelingking kecil ini. Lama saya membelek dan meneliti biji-biji kelinking kecil itu. Bayangan di masa seterusnya sudah berilham dalam fikiran saya, setiap kali bentangnya hamparan sejadah dan terlelapnya mata ngantukkan saya. Pasti saya akan menyentuh kelinking kecil itu dengan alunan zikir kepada-NYA. Insyaallah. Saya melihat kelinking kecil itu sama dengan saya melihat identiti 'tokoh' saya. Sambil tersenyum dan melelapkan mata, saya terus mencapai sebatang pen dan kertas untuk melakar idea 'tokoh' saya. 'Tokoh' saya seorang yang berseni, mempunyai seni yang berbeza. Seni pendekar dan seni kreatif, mempunyai jiwa yang berlainan dan sukar untuk difahami tetapi saling memerlukan. Pendekar itu luas seninya dalam mempertahankan diri dan juga seni psikologi. Begitu juga dengan seni kreatif yang pintar menggunakan peralatan untuk mencorak hamparan. Saya masih ingat akan kata-kata guru pendekar saya, 'Jika kamu disuruh untuk melukis sebuah gajah, peralatan apa yang akan kamu gunakan?. Sudah tentu berus, warna-warna, sehelai kertas dan sebagainya. Jika kamu perlu mempertahankan diri dari musuh, peralatan apa yang kamu perlukan? Ilmu silat. Ilmu itulah menjadi peralatan kamu". Lihat, seni itu saling memerlukan kelengkapan dan menggunakan 'peralatan' untuk menunjukkan seni itu sendiri. Pada kelingking kecil itulah, saya lihat kedua-dua seni ini saling bergantungan walaupun dunianya berbeza. Hanya, kelingking kecil yang mampu merapatkan seni 'tokoh' saya....Insyaallah

No comments:

Post a Comment