Thursday, 6 December 2012

Laluan Ilham

Pada laluan itulah, Ilham sering bertenggek bersama dengan perkakas peribadinya secara pikul dari arah depan Iman. Iman menyaksikan dengan penuh kehairanan sehingga berkerut dahinya membentuk bekas kerut. Setiap kali Iman berjalan pada waktu malam, pemuda itu pasti ada bersama dengan 'kekasihnya' yang berkaki satu dan ditemani dengan alatan kreativiti. Ilham selalu melihat sepasang kaki berjalan di arah depannya dengan seragam berbaju hitam. Ilham juga terasa janggal, kemana gadis ini hendak pergi dengan pakaian serba hitam bersama kaca mata bulatnya yang agak lucu. Iman terfikir, apakah pemuda itu gila sehingga waktu malam jam 8.30 malam masih lagi hidup bersama perkakasnya yang entah berapa bilangannya. Siapakah yang mahu membeli hasil seninya malam sebegini? Adakah ilham untuk melakar lakaran pada malam gelita ini? Sudah gila pemuda ini,rungut hati kecil Ilham yang asyik memikirkan kegilaan pemuda bersama peralatan kreativitinya.
***
Hampir 5 minit senaman ringan dibuat dengan berpandukan seorang guru muda yang tampan, mereka memulakan langkah bagi pembukaan gelanggang. Mulakan Bunga Silat dengan maju kaki kiri ke arah serong 45 darjah dengan mengikut keluasan yang diperlukan. Kedudukan tangan Limbai Rencung dan membentuk Sikap Kuda-kuda Serung. Yah! Iman sedang berusaha untuk mengerakkan pemikirannya berserta langkah yang telah diajar oleh guru pendekar.

No comments:

Post a Comment