menerokai ilmu
menyusuri langkah dengan seribu pertanyan tentang diriku mengenai asal kejadian""??? asal tentang kejadian samaada di bumi ataupun langit adakah setiap ciptaan ini perlu terjadi dengan sendirinya???terbentuk tanpa ada kontraktornya"??berwarna-warni tanpa ada seninya???""aku tahu ada penciptanya tetapi aku tidak merasakan kehadirannya""setiap ungkapan dan ulasan yang diceritakan aku dapt melihat dengan mata zahirku tentang kebesaranNYA""namun dari segi mata hati aku tidak merasakan akan kehadiranNYA""aku umpama melihat sebuah rumah yang indah tetapi jalan yang tidak aku tahu dimana simpang belok kanan dan kirinya untuk aku sampai ke destinasi itu"?? lalu aku bertekad berusaha bertawakal,berdoa mnyusun langkah mencari setiap yang bernyawa yang tinggi ilmunya mengenai bidang ini agar aku dapat menyakinkan diriku tentang erti keyakinan wujudnya dia yang SATU""Dari bandar ku menyusuri hingga ke kampung-kampung menempuh setiap lorong-lorong untuk mencari pemimpin yang dapat membantu aku mengenal tentang erti sifat mahmudah bagi membuang sifat mazmumah agar aku dapat menilai tentang erti kejadian setiap yang terjadi di ats muka bumi dan di langit"tujuan ku hanya satu untuk mencari hidayah dan rahmat daripadaNYA agar aku dapt membezakan mana satu yang hak dan yang batil disamping mencari sinar dan nikmatnya""dalam pencarianku pelbagai ujian yang kutempuhi ,pelbagai dugaan yang mencari,pelbagai seksaan yang dialami..kerana diriku bukan lah seorang insan yang umpama kain puteh pada asalnya,,sebaliknya diriku penuh dengan contengan-contengan duniawi dimananya bermulanya dari awal dunia remajaku"''aku menyesal dengan semua yang telah ku lakukan..hatiku semakin hari semakin gelisah semakin hari semakin gundah""sehinggalah aku merasa diriku dihimpit dengan pelbagi dosa dan duniawi menybabkan aku leka mngejar akhirat""semuanya bermula disini iatu disebalik malm yang gelap ku berfikir tentang asal kejadianku dan siapa penciptaku""ku rumuskan semua ini setelah mendapat hidayah dan petunjuk darinya aku mula mengenal siapa diriku dan siapa penciptaku..batinya aku sudah mengenali dia yang aku cari selama ini..""aku bersyukur dan kerana masih diberi peluang untuk mengubah diriku""
Sunday, 9 December 2012
Friday, 7 December 2012
Akhiran..
Idea itu sudah ada, tinggalnya untuk lakaran warna sedikit demi sedikit bagi menaikkan keriangan kesenian itu. Kekemasan juga ada dalam mencipta pergerakan idea agar diminati pembaca. Lihat, seni itu bergabung. Saling memerlukan antara satu sama lain. Tidak ada kewarnaan, tidak akan ada kekemasan. Comot warnaan itu, disebabkan oleh kekemasan yang tidak dilontarkan. Seni 'tokoh' perlukan warna dan kemasan kan? Warna? Warna itu adalah sebuah seni yang unik untuk dilihat hingga menimbulkan mood mereka untuk mengenali seni 'tokoh'. Kemasan? kemasan itu penting bagi menguatkan 'tokoh' dalam bersedia menangkis musuh. Tidak ada kemasan, warna itu tidak mampu menyinari sebuah seni.
Menyentuh-Nya
Selagi kita mampu bersabar, bersabarlah kita. Selagi kita mampu tersenyum, tersenyumlah kita. Hidup didunia ini pasti akan berubah. Dari pusingan roda ke pusingan roda. Dari rendah ke tinggi. Kaya ke miskin. Dipendekkan lagi, yang senang itu kepada susah. Kekuatam dan ketabahn dalam diri itulah yang memainkan peranan penting. Kadang-kadang sampai bila kita nak bertahan? Sampai bila kita nak bersusah sebegini? Ya! Allah! Tidak langsung diri ini mensyukuri nikmat Mu dan keredhaan Mu. Ketentuan Mu. Penentuan Mu. Takdir Mu. Diri ini yang kecil hanya mampu menundukkan kepala dan bermuhasabah diri. ' Masalah yang kamu hadapi adalah masalah yang terlalu kecil sekiranya nak dibandingkan dengan masalah yang dialami anak-anak bumi Gaza'. Mereka bermain dengan nyawa dan nyawa orang tersayang. Diri ini? Hanya bermain dengan psikologi diri tetapi masih lagi ada kemampuan untuk mengisi perut yang kelaparan. Mereka? Sebutir nasi itu belum tentu lagi dapat dikunyah sepenuhnya. Perkara itu boleh diselesaikan, pada yang satu. Iaitu, sedarkan diri kerana khilaf dan bersujud untuk menyentuh-Nya...
minum malam
![]() |
| minuman lepak malam |
'tokoh'
Mantap itu penting dalam pergerakan seni, gagalnya mantapan tersebut. Maka, gagal lah gerakan seni tersebut. Kedudukan kekuda kaki itu penting dalam melawan musuh. Tangan yang bertindak itu haruslah ada bunyi yang hebat. Sekiranya seragam itu dipakai pada badan, bunyi seragam itu pasti kuat berbunyi sehingga orang bukan seni itu melihat kelincahan permainan.
Thursday, 6 December 2012
Kreativiti 'tokoh'!
Dalam seni itu, ada dua perkara yang penting. Bunga dan Jurus. Langkahnya berbeza tetapi seninya pada yang utama. Pergerakan tangan, kaki, badan dan mata itu ada peranannya. Seni ini ada Bunga, Bunga Silat. Bunganya berbeza setiap peringkat. Bukan sahaja tumbuhan boleh ada bunga..seni juga ada 'bunga'. Dalam seni ini, bunga adalah bahagian tumbuhan untuk membiak. Seni ini menggunakan istilah bunga sebagai asas gerak dan kaedah dalam seni ini. Seluruh gerak dan pelajaran dalam seni Melayu adalah berasakan Bunga Silat yang terdiri daripada tujuh langkah, tujuh kuda-kuda dan tujuh limbai. Limbai ialah ayunan tangan ketika berjalan atau melenggang. Tujuh gerak dapat dilakukan dalam empat aras iaitu aras tinggi, sederhana, rendah dan duduk di lantai. Setiap sikap gerak dalam Bunga Silat mempunyai fungsi yang berbeza dalam mengeluarkan serang bela, sambut dan buah pukul. Dalam pendidikan silat, tradisi kekemasan Bunga Silat ada hubungan dengan kekemasan buah pukul dan tempur silat.
Lihat! Sinaran cahaya matahari itu menembus pada batang-batang pokok serta tumbuhan yang menghijau. Sungguh indah ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Teringin sekali mahu menanti waktu terbitnya matahari di satu sudut yang lapang, dipasang unggun api kecil serta bertemankan belaian angin yang halus menampar wajah. Tidak lupa juga dengan 'diari' hujung jari bagi melakarkan idea dan ilham yang datang. Tempat sebegitu memang sangat sesuai bagi melarikan diri daripada kekusutan masalah yang bertimbun. Mungkin pada waktu itu, kita boleh muhasabah diri dengan segala khilaf yang telah kita lakukan? Barangkali. Apabila ada matahari, dunia akan menjadi sempurna kerana dapat menyuluh dunia dengan satu cahaya terang yang dapat memperlihatkan mata manusia. Tapi, masih lagi ramai yang merungut kerana cerah mampu membuatkan mereka panas. Gelap?
Gelap pun masih yang merungut. Tapi, bagi diri aku. Malam itu lagi sempurna dalam mencari ilham. Memerlukan malam yang akan tenang dan tiada gangguan barangkali. Bertemankan secawan milo panas dan beberapa keping biskut sudah memadai. Sukar sekali apabila idea yang ada pada cerah, tiba-tiba menjadi lebih rumit pada gelap. Apabila cerah, ideanya sedikit saintifik yang berpaksikan teori dan jurnal. Apabila gelap, ideanya seperti bercinta, kehidupan kasih sayang dan kehidupan kerinduan. Bagaimana hendak ilhamkan idea 'tokoh', sedangkan tokoh adala berjiwa kental?
Gelap pun masih yang merungut. Tapi, bagi diri aku. Malam itu lagi sempurna dalam mencari ilham. Memerlukan malam yang akan tenang dan tiada gangguan barangkali. Bertemankan secawan milo panas dan beberapa keping biskut sudah memadai. Sukar sekali apabila idea yang ada pada cerah, tiba-tiba menjadi lebih rumit pada gelap. Apabila cerah, ideanya sedikit saintifik yang berpaksikan teori dan jurnal. Apabila gelap, ideanya seperti bercinta, kehidupan kasih sayang dan kehidupan kerinduan. Bagaimana hendak ilhamkan idea 'tokoh', sedangkan tokoh adala berjiwa kental?Laluan Ilham
Pada laluan itulah, Ilham sering bertenggek bersama dengan perkakas peribadinya secara pikul dari arah depan Iman. Iman menyaksikan dengan penuh kehairanan sehingga berkerut dahinya membentuk bekas kerut. Setiap kali Iman berjalan pada waktu malam, pemuda itu pasti ada bersama dengan 'kekasihnya' yang berkaki satu dan ditemani dengan alatan kreativiti. Ilham selalu melihat sepasang kaki berjalan di arah depannya dengan seragam berbaju hitam. Ilham juga terasa janggal, kemana gadis ini hendak pergi dengan pakaian serba hitam bersama kaca mata bulatnya yang agak lucu. Iman terfikir, apakah pemuda itu gila sehingga waktu malam jam 8.30 malam masih lagi hidup bersama perkakasnya yang entah berapa bilangannya. Siapakah yang mahu membeli hasil seninya malam sebegini? Adakah ilham untuk melakar lakaran pada malam gelita ini? Sudah gila pemuda ini,rungut hati kecil Ilham yang asyik memikirkan kegilaan pemuda bersama peralatan kreativitinya. ***
Hampir 5 minit senaman ringan dibuat dengan berpandukan seorang guru muda yang tampan, mereka memulakan langkah bagi pembukaan gelanggang. Mulakan Bunga Silat dengan maju kaki kiri ke arah serong 45 darjah dengan mengikut keluasan yang diperlukan. Kedudukan tangan Limbai Rencung dan membentuk Sikap Kuda-kuda Serung. Yah! Iman sedang berusaha untuk mengerakkan pemikirannya berserta langkah yang telah diajar oleh guru pendekar.
Wednesday, 5 December 2012
Cantingan seni...
Apabila dapat berkumpul beramai-ramai dari pelbagai usia dan gender. Pasti akan menimbulkan suatu keriuhan dan lawak jenaka yang membuatkan kita ketawa selebar-lebarnya. Sudah tentu, segala masalah yang ada dalam fikiran kita akan hilang dengan segera. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi tunjuk ajar, mencurahkan ilmu dan sebagainya. Tahukah anda, saya amat menyangi seni ini! Setiap malam hari selasa dan rabu pasti kami akan berkumpul dan saling meriuhkan gegaran tapak gelanggang. Dengan beramai-ramai beserta berbeza tali pinggang, saling memulakan seni yang sebati dengan kepahlawanan Melayu. Dari situ, saya dapat lihat. Seni dalam permainan gelanggang ini mempunyai makna yang tersendiri dan nama unik sehingga sukar untuk diingati. Apabila langkah itu dibilang hingga menjangkau angka 17 sambil bermain dengan seninya. Suatu permainan dan susunan seni untuk tampak menarik. Dan hanya orang yang tahu 'seni' itu sahaja dapat mengetahui makna yang di atur. 'Tokoh' itu bijak berseni, seninya dilihat dari lirikan mata pada tangan yang menyimpuh memusing bak mendulang berserta kaki yang sentiasa memasang kekuda. Apabila gerak tubuh mula bergerak dari angka 1 sehingga 17, seni itu kelihatan dengan suatu tafsiran permainan rahsia. Setiap bunga yang dilakukan oleh 'tokoh', ramai yang terpegun terutamanya mereka yang lalu lalang. Wah! Gembira besar dan berbunga hati 'tokoh' apabila dipandang orang. Tetapi 'tokoh' itu memerlukan lagi ilmu tentang seni ini bagi membela diri. Kekuda itu penting untuk 'tokoh' dalam gerakan sedia untuk menghadapi pihak musuh yang entah bila hendak diserang. Kekuda itu juga diperlukan bagi memperlihatkan struktur 'tokoh' yang kukuh berdiri sendiri dengan stamina yang teguh. 'Tokoh' itu dalam usaha memperlihatkan seninya.....
Tuesday, 4 December 2012
Kelinking kecil
Semasa menunggu seseorang yang menjadi 'pelengkap hidup' saya yang tampan berkemeja hitam ungu. Saya singgah ke sebuah gerai untuk membeli sedikit bekalan makanan dan senaskah akhbar kegemaran 'hero' saya. Asyik membelek tajuk-tajuk akhbar, saya terlihat kelinking kecil yang berbiji-biji warna coklat pudar. Ya, Allah! Sudah lama saya mencari kelingking kecil ini. Lama saya membelek dan meneliti biji-biji kelinking kecil itu. Bayangan di masa seterusnya sudah berilham dalam fikiran saya, setiap kali bentangnya hamparan sejadah dan terlelapnya mata ngantukkan saya. Pasti saya akan menyentuh kelinking kecil itu dengan alunan zikir kepada-NYA. Insyaallah. Saya melihat kelinking kecil itu sama dengan saya melihat identiti 'tokoh' saya. Sambil tersenyum dan melelapkan mata, saya terus mencapai sebatang pen dan kertas untuk melakar idea 'tokoh' saya. 'Tokoh' saya seorang yang berseni, mempunyai seni yang berbeza. Seni pendekar dan seni kreatif, mempunyai jiwa yang berlainan dan sukar untuk difahami tetapi saling memerlukan. Pendekar itu luas seninya dalam mempertahankan diri dan juga seni psikologi. Begitu juga dengan seni kreatif yang pintar menggunakan peralatan untuk mencorak hamparan. Saya masih ingat akan kata-kata guru pendekar saya, 'Jika kamu disuruh untuk melukis sebuah gajah, peralatan apa yang akan kamu gunakan?. Sudah tentu berus, warna-warna, sehelai kertas dan sebagainya. Jika kamu perlu mempertahankan diri dari musuh, peralatan apa yang kamu perlukan? Ilmu silat. Ilmu itulah menjadi peralatan kamu". Lihat, seni itu saling memerlukan kelengkapan dan menggunakan 'peralatan' untuk menunjukkan seni itu sendiri. Pada kelingking kecil itulah, saya lihat kedua-dua seni ini saling bergantungan walaupun dunianya berbeza. Hanya, kelingking kecil yang mampu merapatkan seni 'tokoh' saya....Insyaallah
Monday, 3 December 2012
Seni itu indah...
Alhamdullilah...akhirnya, sebuah blog yang kini terbina adalah hak milik saya buat pertama kalinya. Ucapan jutaan terima kasih buat yang tersayang, Muhd Alif Awan. Sepupu yang banyak membantu saya dalam menunjuk ajar dalam menggunakan teknologi yang kian kemuncak pada masa kini. Sesungguhnya, saya masih lemah dalam mengenal dunia berteknologi. Satu senyuman yang terukir di bibir saya saat selepas selesainya blog ini dihasilkan. 'Tokoh' yang kian berceramuk di dalam fikiran saya, semakin ingin saya lakarkan pada mata pena dan sentuhan hujung jari. Sekarang, lakaran pada mata pena itu telah berlanjutan pada sentuhan hujung jari yang anda saksikan. Puasnya rasa apabila perasaan berkongsi tentang 'tokoh' dengan sahabat sekelas dapat dinikmati dengan kurniaan mata dan fikiran yang dikurniakan oleh Maha Pencipta. Cerpen eksperimental ini sangat menarik saya dalam berfikir luas ke dalam laungan dunia idea penulisan. Tema yang diberi sangat ringkas, namun mempunyai seribu pengertian untuk dicari. 'Tokoh' cerpen saya? Sesudahnya, saya merasakan 'tokoh' saya adalah berseni. Seni itu indah, tidak mampu digambarkan dengan kata-kata mahupun penglihatan. Tetapi, seni itu dapat diluahkan dengan kehalusan lakaran pada satu paparan putih yang bersih. Dari penglihatan ke fikiran, fikiran ke hati lalu tangan mengerakkan sehalus berus coklat dalam melakar warna-warni kehidupan. Itu dinamakan seni itu indah...
Subscribe to:
Posts (Atom)



