Friday, 7 December 2012

Menyentuh-Nya

Selagi kita mampu bersabar, bersabarlah kita. Selagi kita mampu tersenyum, tersenyumlah kita. Hidup didunia ini pasti akan berubah. Dari pusingan roda ke pusingan roda. Dari rendah ke tinggi. Kaya ke miskin. Dipendekkan lagi, yang senang itu kepada susah. Kekuatam dan ketabahn dalam diri itulah yang memainkan peranan penting. Kadang-kadang sampai bila kita nak bertahan? Sampai bila kita nak bersusah sebegini? Ya! Allah! Tidak langsung diri ini mensyukuri nikmat Mu dan keredhaan Mu. Ketentuan Mu. Penentuan Mu. Takdir Mu. Diri ini yang kecil hanya mampu menundukkan kepala dan bermuhasabah diri. ' Masalah yang kamu hadapi adalah masalah yang terlalu kecil sekiranya nak dibandingkan dengan masalah yang dialami anak-anak bumi Gaza'. Mereka bermain dengan nyawa dan nyawa orang tersayang. Diri ini? Hanya bermain dengan psikologi diri tetapi masih lagi ada kemampuan untuk mengisi perut yang kelaparan. Mereka? Sebutir nasi itu belum tentu lagi dapat dikunyah sepenuhnya. Perkara itu boleh diselesaikan, pada yang satu. Iaitu, sedarkan diri kerana khilaf dan bersujud untuk menyentuh-Nya...

No comments:

Post a Comment